Tahukah anda dengan pemilihan pakaian yang bersesuaian akan membentuk emosi yang baik kepada anak-anak? Setiap warna, corak dan fabrik memberi emosi positif atau negatif kepada diri mereka sepanjang hari. Hujung minggu pastinya hari yang paling dinantikan oleh anak-anak untuk beriadah bersama seisi keluarga. Samada aktiviti mengeluarkan peluh atau hanya menonton wayang, ia pasti memberi memori indah.
Koleksi pakaian kanak-kanak dari Poeny sentiasa berjaya menarik perhatian ibu bapa untuk mendapatkan sepasang. Ini kerana rekaannya yang ceria memberi impak kepada mental kanak-kanak. Ibu bapa suka, anak-anak juga suka. Poney sentiasa menyediakan idea rekaan yang berbeza, sesuai untuk seawal usia bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 12 tahun. Saiz pakaian kanak-kanak dari 59cm hingga 152cm.
Hujung minggu ini, anda boleh gayakan t-shirt Dinosaur bersama seluar pendek “bermuda” dari PONEY untuk anak lelaki anda. Manakala untuk anak perempuan, gayakan mereka dengan dress labuh atau hanya mengenakan skirt dan blouse. Pasti anak-anak selesa dan tidak sabar berhujung minggu bersama ibu bapa!
Berpakaian tidak membataskan anak-anak untuk mengikut trend atau berfesyen. Anda boleh mulakan di Kids, di sini pelbagai pakaian kanak-kanak disediakan dari seawal usia bayi hingga 12 tahun. Pelbagai koleksi pakaian terdapat disini, samada untuk beriadah, acara penting, sambutan hari lahir atau mengembara di hujung minggu ke taman tema. Pasti anak-anak gembira!
Emosi anak-anak lebih ceria apabila mengenakan pakaian yang mempunyai ilustrasi menarik. Pelbagaikan warna dalam kehidupan anak-anak agar tidak tidak tertumpu dengan hanya warna kegemaran sahaja. Ini kerana pada usia anak-anak masih kecil adalah waktu sesuai untuk mereka mencuba dan seterusnya mencari identiti. Kidz sentiasa mengemaskini koleksi pakaiannya secara mingguan dan pasti memberi pengalaman membeli-belah yang hebat kepada anda sekeluarga.
Leave a reply