Ingin bergaya seperti fashionista? Berpenampilan lain dari yang lain? Warna 2018 Ultra Violet kini tersedia di Focus Point. Ungu Enigmatic ini memberi anda semangat dan berdaya kreatif tanpa batasan ibarat luasnya langit malam. Teruskan berinspirasi setiap hari dengan koleksi-koleksi Ultra Violet dari Focus Point
Jenama yang terkenal menentang ujian terhadap haiwan sejak hari pertama dan selama-lamanya kini hadir dengan koleksi terkini White Musk. The Body Shop tampil dengan koleksi White Musk dan menyerikan koleksi ini dengan warna 2018, iaitu Ultra Violet. Warna ungu ini menggambarkan keaslian, kepintaran, imaginasi masa hadapan yang luas dan tidak terbatas. Ini dapat diserlahkan di dalam koleksi penjagaan diri White Musk yang mengandungi campuran wangian sensasi Rose, Jasmine, Amber dan Wood. Koleksi ini terdiri daripada gel mandian, losyen badan dan White Musk Perfume Oil untuk bau istimewa ini kekal bersama anda.
Leave a reply