Girls Day Out…?? Yes yes yes. Siapa yang tidak suka Girls Day Out? Hanya wanita sahaja memahami apa keinginan kita. Shopping! Window Shopping pun boleh! Makan? Semuanya boleh. Ohhh main bowling? Jom! Seronoknya jika ada satu hari Girls Day Out kan. Buat anda yang tiada idea untuk hangout dengan BFF tu. Jom kami kongsikan apa yang menarik di Mesra Mall.
Big Apple Donuts & Coffee
Wah apabila memikirkan tempat yang sesuai untuk anda dan sahabat duduk dan bersembang tentang apa sahaja. Pastinya menikmati secawan Hazelnut Latte dan donut dari Big Apple pastinya ia menceriakan hari anda. Big Apple Donuts & Coffee sangat terkenal dengan kepelbagaian donut. Malah donutnya yang lembut membuatkan kita ingin menikmatinya lagi dan lagi.
Sekarang, Big Apple Donuts & Coffee telah mengeluarkan beberapa citarasa terbaru yang menyertai keluarga Big Apple iaitu Bubbles of Joy, Alien’s DNA, and My Better Half! Nampak menyelerakan? Donut sangat enak digandingkan bersama kopi atau teh panas. Cubalah.
Tonton Filem Di TGV Cinemas
Girls Day Out tidak akan lengkap jika tidak menonton wayang! Pelbagai sorotan filem terkini dan sensasi ditayangkan. Pasti yang sedang hangat dinantikan adalah filem Captain Marvel, Bikers Kental 2 dan Upin & Ipin. Anda dan sahabat anda boleh pilih filem yang anda serasi tonton bersama ya. Berikut adalah senarai filem yang terdapat di TGV Cinemas pada bulan Mac 2019.
- Dearest Anita (28 Feb 2019)
- Hanum & Rangga (28 Feb 2019)
- Hide & See Minako (28 Feb 2019)
- Satte (28 Feb 2019)
- Captain Marvel (6 Mac 2019)
- Milly & Mamet (7 Mac 2019)
- Bikers Kental 2 (14 Mac 2019)
- Us (14 Mac 2019)
- Five Feet Apart (21 Mac 2019)
- Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal (21 Mac 2019)
- Welcome To Marwen (21 Mac 2019)
- Wonder Park (21 Mac 2019)
- Dumbo (28 Mac 2019)
Berita gembira untuk anda! Girls Day Out anda akan lebih seronok apabila tiket wayang juga murah! Nikmati tiket wayang bernilai RM 12 pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum jam 8 malam! Manakala selepas jam 8 malam pada hari Jumaat sehingga Ahad adalah bernilai RM 14. Murahhh kan? Enjoy!
Hanya Wanita Yang Faham Apabila Anda Membeli Bag Di Sembonia
Wahhhh Girls Day Out pergi beli bag pastinya seronok apabila ditemani oleh sahabat wanita! Ya memang best, sebab mereka adalah orang yang paling tahu tentang gaya anda. Walaupun ada mempunyai kerjaya berbeza dan tanggungjawab berbeza, bag tangan adalah penyeri bagi personaliti seseorang wanita. Bag menampilkan ciri-ciri elegan seseorang. Sebagai contoh, apabila anda memakai bag sandang belakang yang material fabrik. Pasti kita boleh tahu anda adalah seorang pelajar. Apabila anda memakai bag tangan bersaiz tote, anda akan kelihatan kasual. Betul tak?
Rangkaian bag terkini Sembonia kali ini menampilkan warna hitam yang serasi untuk semua acara. Sama ada ke pejabat atau ke acara formal atau tidak formal. Ia pasti melengkapi anda. Gayakan keempat-empat rekaan ini dihadapan sahabat anda dan ketahui apa yang sesuai untuk anda. Material bag ini adalah dari kulit sintetik. Mempunyai banyak ruang simpanan dan berzip.
Leave a reply