Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun. Ia adalah titik fokus dalam pergerakan hak wanita. Pelbagai tanggungjawab dipikul oleh setiap wanita dan tibalah masanya untuk anda memanjakan diri anda. Beri masa untuk anda berehat, anda boleh lakukan di rumah dengan melakukan Spa, membeli-belah produk kecantikan atau nikmati jus segar. Jom kami bantu beri idea untuk anda raikan hari istimewa ini.
DIY Spa Di Rumah Bersama Rangkaian The Body Shop “Spa Of The World”
Kami tahu pentingnya masa ‘saya’, jadi rangkaian Spa Of The World yang mewah dicipta khas untuk anda. Terdiri dari mandian susu, krim badan, minyat urut dan produk sentalan. Ia menghidupkan suasana bahagia dan anda akan alami pengalaman di pantai itu terus ke rumah. Spa Of The World terdiri daripada 20 jenis rangkaian. Anda boleh cuba dan nikmati aroma menyegarkan di The Body Shop Mesra Mall.
Kekal Bertenaga Bersama Gamat Gold Dari BH-Beauty
Gamat Gold adalah makanan tambahan yang lengkap dengan ekstrak High Grade Gold Sea Cucumber bersama Kolagen, Madu, Klorela, Omega 3, Beta Carotene, Vitamin A, Vitamin B Complex, Vitamin E yang berkesan memerangi penuaan, kanser, stress, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan prestasi jantung dan paru-paru.
Ia adalah satu formula yang lengkap untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, sistem imun, kesan penyembuhan pada luka ibu-ibu selepas bersalin, mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, meningkatkan peredaran darah anda, anti penuaan dan penampilan kulit lebih berseri. Komponen produk kami adalah sumber semula jadi tanpa pewarna tiruan, perasa dan pengawet.
Cara Mengamalkan Gamat Gold
- 1-2 sudu kecil untuk kanak-kanak.
- 1-2 sudu besar untuk dewasa.
- 2 kali sehari semasa perut kosong iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam.
Jus Segar Dari Boost Juice Bars Tidak Pernah Mengecewakan!
Apabila dahaga, pasti fikir untuk minum apa. Tiada idea? Cuma nak yang tidak menggemukkan atau ia menyihatkan. Sudah tentu kami akan sarankan anda untuk menikmati Boost Juice Bars, ia adalah rangkaian jus segar yang mengisar campuran buah-buahan dan sayuran setelah anda membuat pesanan! Best kan?
All Berry Bang seperti gambar di atas adalah kegemaran Wanita Malaysia! Isi kandungan jus ini terdiri daripada Blueberries, Raspberries, Strawberries, Apple Juice, TD4 Strawberry Yogurt dan Ais. Boost Juice Bars tidak menambah sebarang bahan pengawet atau bahan kimia. Malah, ia tidak ditambah gula ke dalam jus yang baru diperah. Apa yang anda dapat adalah buah dan sayur-sayuran segar!
Nak tahu apa lagi jus kegemaran para wanita? Mango Magic, Strawberry Squeeze, Banana Buzz, Soraya’s Favourite, Superfruit Smoothies, Watermelon Lychee Crush, Berry Crush, Mango Tango Crush, Passion Mango, Cookies & Cream dan King William Chocolate. Selamat menikmati Boost Juice Bars!
Leave a reply