Pizza Hut Durian Cheese Pizza
Penggemar durian pasti rasa sedih kerana musim durian sudah hampir tamat. Seronoknya makan durian bersama keluarga. Jangan bimbang, Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada anda semua, mereka mencipta Durian Cheese Pizza! Isi kandungan pizza ini adalah gabungan di antara keju dan durian!
Durian Cheese Pizza boleh didapati secara àla carte, pilihan kombo di restoran dan
penghantaran Pizza Hut. Nikmati kelazatan Durian Cheese Pizza bermula RM44.50 àla carte. Nikmati pizza istimewa ini sekarang sehingga 30 September 2019 di restoran Pizza Hut Mesra Mall sekarang!
Nando’s Crispy Cheese Burger
Menu terkini Nando’s pastinya unik dan menyelerakan! Kali ini kami ingin mengesyorkan anda mencuba Crispy Cheese Burger dari Restoran Nando’s. Roti burger lembut disediakan bersama keju yang dibakar di dalam ketuhar, salad segar, tomato, sos istimewa dan kepingan ayam peri-peri. Setiap gigitan memberi nikmat dan anda akan dapat rasa kerangupan keju bakar! Ini adalah gaya baru untuk hidangan terkini koleksi Nando’s Burger, Pita & Wrap. Crispy Cheese Burger ini bernilai RM 19.90 sahaja! Jom!
Secret Recipe Kek Peanut Butter Chocolate
Secret Recipe sentiasa menjadi destinasi kek enak untuk apa sahaja acara. Sama ada untuk minum petang, hidangan pencuci mulut di akhir makan tengahari atau kek ulang tahun perkahwinan dan hari lahir. Ia pasti memberi kegirangan buat anda semua.
Pada 6 September 2019 ini, Secret Recipe akan menyediakan kek baru iaitu Peanut Butter Chocolate. Lihat gambar diatas, setiap lapisan kek itu mengiurkan. Ia adalah gabungan diantara mentega kacang dan coklat, dipenuhi serpihan “dark chocolate” dan kacang panggang yang dicincang.
Lapisan kek, dari atas ke bawah:
· Peanut Butter White Chocolate Flakes
· Peanut Butter Cream
· Light Chocolate Cream
· Cocoa Cake
Teruja untuk mencuba? Set peringatan di dalam kalendar anda sekarang!
Leave a reply