Terbaru dari The Body Shop dengan rangkaian “Almond Milk & Honey” khas untuk anda yang memiliki kulit sensitif. “Almond Milk” mempunyai kebaikan susu yang tidak mengandungi kolestrol atau laktosa, malah ia sesuai untuk mereka yang tidak toleran laktosa. Diperkaya dengan mikronutrien. Manakala khasiat madu juga sudah bertahun lama diketahui. Adakah “Almond Milk & Honey” sesuai untuk produk penjagaan kulit.
Ini dibuktikan oleh The Body Shop, kombinasi “Almond Milk” dan “Honey” dari The Body Shop pastinya dapat membantu si pemilik kulit sensitif. Kedua-dua sumber ini terkenal dengan kebaikan semulajadi antibakteria, antioksidan, antipenuaan dan sesuai untuk melembapkan dan menegangkan kulit. Malah ia sangat baik untuk memperlahankan penuaan.
Sifat antibakteria dan probiotik semulajadi madu berkesan mengurangkan jerawat dan menghalang jerawat baru. Madu juga mengandungi enzim semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit. Oleh kerana ia sangat lembut dan memelihara kulit, ia sangat sesuai untuk kulit yang sangat sensitif, rosacea, dan ekzema. Bagi anda yang memiliki kulit sensitif anda akan menyukai produk ini, kerana ia menenangkan dan menyembuhkan.
Leave a reply