Cuaca panas atau stres pasti dapat diubati dengan ais krim Baskin-Robbins. Manisan kegemaran ramai ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasti menyerikan hari anda. Nikmati bersama pilihan ais krim kegemaran anda! Gandingan hebat kon wafel dan ais krim Baskin-Robbins “Hershey’s Kisses Caramel Sensation” pasti “yummylicious”!
Kek sentiasa dapat menghilangkan stress dan menceriakan suasana. Selain wajib ada di setiap majlis hari lahir ia juga hadiah istimewa yang amat dihargai sampai bila-bila. Rotiboy tidak ketinggalan menghasilkan kek yang sedap, ia mampu menggugat deria rasa anda serta mampu memberikan anda kepuasan maksimum. Ummmmmm.
Rotiboy menyediakan pelbagai jenis kek seperti : Aprikot “Cheese Cake”, “Blueberry Cheese Cake”, “Brownies Cheese Cake”, “Lemon Cheese Cake”, “Marble Butter Cake”, “Pandan Cake”!
Big Apple sentiasa menawarkan donat yang amat menyelerakan tidak mengira peringkat usia. Paling digemari pastinya donat berasaskan coklat dan strawberi. Kali ini Big Apple menyediakan donut Sweet Spot. Ia adalah gabungan unik sebiji donat yang disaluti coklat strawberi, bahagian atas diisi inti jem blueberry dan dihiasi dengan bunga coklat putih. Seperti sangat lazat kan?
Leave a reply