
Kita selalu mengabaikan sarapan pagi kerana apa?
Alasan yang paling klise sekali adalah tak sempat nak buat, bangun lambat, gerai nasi lemak tutup dan pelbagai alasan yang sering kita dengar.
Tapi kalau nak tahu betapa ruginya kita tidak mengambil sarapan pagi, di antaranya:
- Prestasi Fizikal Dan Mental Akan Meningkat
Mengambil sarapan diwaktu pagi sebenarnya membantu meningkatkan tahap fokus, memori serta kebolehan mental yang lain. - Metabolisme Badan Akan Aktif Semula
Anda harus mengambil sarapan yang berkhasiat untuk meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. - Mengelakkan Emosi Terganggu
Bayangkan kalau anda tidak mengambil sarapan, anda akan merasa resah tak hilang fokus kerana anda senantiasa lapar dan tidak sabar menunggu waktu tengahari untuk makan dengan banyaknya.
Untuk menjadikan badan kita lebih kuat dan sihat, saya kongsikan beberapa resipi mudah lagi enak untuk di sediakan di rumah.
No-Knead Bread
Bahan-bahan:
- Tepung roti 300g / 2.1 / 8cup
- Gula 2.5g / 1tsp
- Garam 2.5g / 1 / 2tsp
- Ragi segera 2.5g / 3 / 4tsp
- Air 230ml + –
- Minyak zaitun 20ml + –
Cara-cara:
- Campurkan tepung roti bersama gula, garam, dan ragi segera kedalam mangkuk kemudian kacau rata
- Masukkan air dan kacau hingga sebati
- Biarkan adunan di tutup sehingga 120 minit dalam suhu minit
- Gaulkan adunan untuk di padatkan
- Adunan di uli sehingga lembut dan padat.
- Adunan di bahagikan kepada 6 bahagian dan di bentukkan bulat
- Rehatkan adunan sehingga 6 minit.
- Ratakan dan di uli lebar-lebar hingga ke hujung lalu di bentukkan panjang.
- Di biarkan 30 minit pada suhu bilik sebelum di bakar.
- Bakar pada 230 ° C / 440 ° F selama 15-17 minit
Roti Puri
Roti puri merupakan roti yang bertekstur ringan dan selalunya di dapati di kebanyakan kedai mamak di hidangkan sekali bersama dhal dan kari pekat. Ianya juga boleh di lakukan di rumah, saya sertakan resipinya sekali.

Bahan-bahan:
- 500gm tepung gandum
- 1 sudu besar butter/marjerin
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 cawan air suam secukupnya, sukatan di letakkan sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di jari
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan kacau sehingga sebati
- Adunan sebati di angkat keluar dan di uli seketika dan di bentukkan bulat.
- Canai setiap doh dan sedia untuk di goreng
- Panaskan minyak yang banyak. Masukan aduan ke dalam minyak dan siram minyak ke atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya). Goreng sampai agak kekuningan
- Angkat dan sedia untuk di makan
Muffin Honey Butter
Kalau anda biasa makan biskut muffin di restoran Texas Chicken mesti akan kenal dan tahu muffin sedap ini. Ianya di hidangkan panas-panas dan enak di makan begitu sahaja. Kalau saya, saya letakkan coleslaw sekali di atasnya ermm awesome.

Bahan-bahan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 4 sudu kecil baking powder
- Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)
- Butter yang sejuk (115gm)
Cara-cara:
- Gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs
- Masukan 140gm fresh milk dan cuka 2 sudu kecil
- Masukkan di loyang hanya pakai sudu/scop ja tak perlu bentuk..
- Kemudiannya di bakar pada suhu 180 selama 15mins
- Selepas masak, sapukan butter dan madu sebagai topping semasa panas-panas
Mee Hoon Goreng Tom Yam
Selain tom yam di jadikan hidangan berkuah, kita boleh pelbagai perencah tomyam ni ye dan salah satunya ada di jadikan pes untuk mee hoon goreng.
Bahan-bahan:
- 200gm Bihun
- Air
- Bahan Kisar :
- Bawang Putih
- Bawang Besar
- Cili Kering
Bahan Goreng:
- 3 Sb Bahan Kisar
- 3 Sb Pes Cili Thai (@ pes tomyam)
- 2 Batang Serai
- Ayam (Didadu)
- Udang
- Lobak Merah
- 3 Daun Limau Purut
- 2 Sb Sos Tiram
- Air
- Garam
- Sawi
Cara-cara:
- Rendam rendam meehoon ke dalam air selama 30 minit
- Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
- Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau
- Masukkan ayam dan udang kacau hingga masak
- Masukkan lobak dan kacau
- Masukkan pes tomyam dan kacau hingga sebati
- Masukkan meehoon dan kacau seketika
- Masukkan sayur-sayuran selebihnya dan kacau hingga sebati.
- Ianya di masak dan boleh di hidangkan
Homemade Mexicana Wrap
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung bestari (versi pedas)⠀
- Air secukupnya⠀
- 1 ketul dada ayam⠀
- 1 keping tortilla⠀
- 1 sudu besar mayonis⠀
- Daun salad⠀
- 1/4 biji bawang besar⠀
- 1/4 biji tomato⠀
- 1 genggam chachos⠀
- 1 genggam keju cheddar
Cara-cara:
- Dalam satu mangkuk, campur 1 cawan tepung bestari dengan air. Gaul sehingga sebati.
- Salutkan daging dada ayam dalam adunan. Perap seketika.
- Dalam satu pinggan, tuangkan 1 cawan tepung bestari. Salutkan ayam yang telah diperap tadi dengan tepung bestari kering. Goreng sehingga keperangan. Ketepikan.
- Sapu mayonis ke atas 1 keping tortilla. Letakkan 1 lapisan daun salad terdahulu, kemudian masukkan bawang besar, tomato, chachos, ayam dan juga keju cheddar.
- Gulungkan dan goreng wrap di atas kuali panas sehingga rangup. Homemade Mexicana Wrap sudahpun siap untuk dinikmati. Enjoy!
Kalau korang terlupa, saya ingatkan sekali lagi yang waktu yang wajib bersarapan adalah dari pukul 7 pagi sehingga 9 pagi. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
Amboi takut mendengarnya kan.
Jadi selamat bersarapan semuanya
Leave a reply